Lakukan 10 Tips Pola Hidup Sehat Ini Agar Awet Muda
Hindari Dosa Mengumpat
dan Fitnah
Gambar sekadar hiasan, (sumber)
Dosa mengumpat dan
fitnah merupakan dosa yang melibatkan makhluk lain. Dosa seperti ini tidak
diampunkan oleh Allah, melainkan orang yang diumpat dan difitnah itu sendiri
memaafkan kesalahan itu.
Seandainya perkara ini
tidak diselesaikan di dunia, maka akan dibawa pengadilannya ke akhirat. Pahala
orang yang mengumpat dan memfitnah akan diberikan kepada orang yang diumpat dan
difitnah. Sekiranya pahala sudah tidak mencukupi untuk diberikan, maka si
pengumpat dan pemfitnah itu akan menanggung dosa orang yang diumpat dan
difitnahnya.
Lihat, betapa besarnya kesan buruk dosa mengumpat dan memfitnah serta dosa-dosa lain yang melibatkan makhluk.
Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan bahawa Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وآله وسلّم pernah bersabda:
"Saudara-saudara tahu apa itu mengumpat?"

Sahabat-sahabat
Baginda menjawab:
"Allah dan utusan-Nya yang lebih mengetahui."

Rasulullah bersabda:
"Mengumpat itu adalah saudara menyebut hal rakan saudara yang tidak disukainya."

Ada orang bertanya:
"Apa pandangan tuan apabila saudara saya itu memang sifatnya seperti saya sebutkan?"
Baginda menjawab:
"Apabila dia memang begitu, maknanya saudara mengumpat kepadanya. Apabila dia tidak bersifat seperti apa yang saudara katakan, bererti saudara memfitnahnya."
(Hadits riwayat Imam Muslim رحمه الله , dicatatkan oleh Imam An-Nawawi رحمه الله dalam kitab Riyadhus Sholihin)
Oleh sebab yang demikian, dengan berpandukan pengajaran hadis di atas, mari sama-sama kita melakukan muhasabah atas diri kita sendiri. Adakah sehingga kini, perbuatan kita itu sebenarnya adalah umpatan dan fitnah yang tidak kita sedari?
Jika ya, maka bersegeralah kita berhenti dan memohon kemaafan daripada mereka yang telah kita umpat dan fitnah.
Selain daripada itu, sama-sama kita gerakkan usaha kesedaran dan pencegahan agar tabiat berdosa tersebut dihindari oleh ibu bapa kita, ahli keluarga kita, jiran-jiran, sahabat-rakan kita dan umat Islam secara umumnya.
Mudah-mudahan mendapat manfaat dan barokah daripada Allah.
Jom terus bertindak!

loading...
loading...
Comments
Post a Comment